Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah. Masih lagi dirahmati untuk update blog. Kalau bermalas-malasan, jawabnya memang ber'sawang' blog ni. Nasib baik bukan buku yang boleh dimakan anai-anai. Huhu..
Kedatangan tahun baru sebenarnya tidak memberi kesan apa-apa untuk diri aku melainkan hasrat untuk melakukan sesuatu yang bermanfaat untuk diri sendiri dan keluarga. Seorang kakak kesayangan telah mengingatkan aku kembali kepada impian lama yang pernah aku fikirkan sesuatu yang mustahil memandangkan latar belakang yang 'biasa'. Tapi pernah juga kadang-kala terfikir, luar biasa sangat ke dengan impian ni? Mustahil ke akan terjadi impian aku ni? Bila mengenangkan parents, impian mula dilupakan. Tapi bila mengenangkan keadaan diri yang dahagakan ilmu, hati membuak-buak nak pergi. Haihh..tak baik mengeluh, bukan ke Allah dah mengatur semuanya.
Dah selalu sangat berdebat dengan seorang kawan yang selalu mempertikaikan bahawa aku tidak berusaha. Sedih. Geram. Sebab dia kata aku takda usaha. Biarlah. Apa dia tau dengan hidup aku. Jumpa pun tak pernah. Malas dah nak bertikam lidah. Nasib kita tak kan berubah jika bukan kita yang mengubahnya. Semua tu rahsia Allah. Kita berusaha sesuai dengan kemampuan kita. Ya syabas! Pada mereka yang bergolok gadai mengubah nasib mereka. Tapi inilah kehidupan aku. Aku memilih untuk bersederhana, hanya Allah memiliki kuasa untuk melakukan apa saja menurut kehendakNya. Barangkali kebahagian yang Dia bagi adalah ujian sebelum ditimpakan musibah atau kesusahan. Dan setiap kesusahan nanti akan ada pula kemudahan. Berapa lama dan seberat mana ujian, juga rahsia Allah. Siapa yang tidak mahu kesenangan? Kesenangan memudahkan ibadah kan. Dan kesenangan juga memudahkan semua urusan. Dan jangan lupa kesenangan juga lebih banyak membuat kita lupa tujuan sebenar sebuah kehidupan. Cukuplah hari ini sekadar menjadikan syurga sebagai matlamat walaupun belum tentu kaki ini dapat menjejaki sebuah syurga itu. Kerana tidak tahu lagi adakah selepas hari ini, masih lagi berpeluang mengangkat tangan untuk menyuap makanan ke mulut, atau masih bolehkah lagi kaki ini melangkah untuk solat. Namun setiap masa yang diberikan jangan sekali-kali kita sia-siakan dengan berputus asa dengan rahmat Allah yang melimpah ruah. Hiduplah dengan hati yang sentiasa mengingati siapa kita di sisiNya. Mudah-mudahan pengakhiran hidup kita semua adalah pengakhiran yang baik untuk menjamin kebahagiaan di akhirat pula. Itulah impian dan harapan yang termampu. Allah Maha Mengetahui. Rahsia akan tetap menjadi rahsia hingga sampai masanya :)
Bermula cerita bertandang ke rumah sahabat..
Hingga hari ini walaupun sudah seminggu berlalu, masih jelas dan terang di ingatan dari saat di sepanjang perjalanan hinggalah ke akhir pertemuan melambai-lambai dari perut kereta. Jika ditakdirkan tidak bertemu lagi, cukuplah ingatan ini sebagai kenangan yang paling manis. Tapi insyaALLAH, sabar itu indah. Semoga ada lagi pertemuan yang membahagiakan. Bila kita berdoa dan yakin pada Allah, Allah akan sudi memakbulkan doa-doa kita dengan syarat kita berdoa dengan bersungguh-sungguh dan yang penting kita mesti sentiasa bersabar kerana bukan semua yang kita nak kita akan dapat dengan segera.
Contohnya, lepas solat kita sungguh-sungguh doa supaya kita dimurahkan rezeki dan kita juga minta pada Allah supaya bertemu jodoh. 1 bulan kemudian, Allah takdirkan kita dapat sesuatu yang dah lama kita idamkan, boleh beli iPhone 4 S. Fuyoo..bukan senang tu nak dapat. Di hari-hari yang berikutnya, kita dah mula mengeluh dan tertanya-tanya..
"Kenapa lah aku ni tak ada bf/gf? Sunyi betul lah.."
Tetapi kita lupa, sebenarnya Allah dah pun memakbulkan satu daripada doa-doa kita. Allah murahkan rezeki dengan berlipat ganda sampai boleh beli iPhone. Orang lain tu bukan je tak dapat beli handphone, makan pun kadang-kadang. Jadi kita kena selalu bersyukur dan belajar bersabar. Jika kita mengukur dari kesenangan orang lain, hati kita tak kan pernah merasa cukup dengan apa yang telah kita ada, tapi cuba kita ukur dari kesusahan orang lain, mesti iPhone pun kita tak sampai hati nak beli. Contoh je :D...
Sebab tu sabar tu indah. Bila kita dah puas sabar sampai dah lali dengan perkataan 'sabar', rupa-rupanya Allah nak bagi sesuatu yang kita tak sangka. Subhanallah.. Akhirnya sabar yang tak seberapa ni Allah anugerahkan dengan 'hadiah' yang cukup istimewa. Sudah lama dalam tautan ukhuwah di alam maya dan tanggal 26hb Disember 2011, aku dapat ke Shah Alam dengan kesudian ibu dan abah untuk menghantar aku terus hingga ke depan rumah beliau. Bila dah sampai tu baru sedar sebenarnya takde lah jauh sangat. Cuma Allah belum mengizinkan :)
Pertemuan yang hanya selama 3 jam sebenarnya terasa sangat pendek sebab rasa malu tu masih lagi tebal. SMS dah selalu terbiasa dengan gurau senda tapi bila di depan mata tindak tanduk terkawal sebab takut beliau terkejut kalau-kalau ter'over' reaction. Hehehe.. Alhamdulillah.
Amir Solihin yang sangat comel!! Rasa sangat seronok bila dapat dukung dan cium beliau. Rasa nak culik pun ada tapi tak jadi lah. Sebab dah lupa macam mana nak tukar pampers budak! Hahaha..
Indahnya sabar..
Perit menahan sebuah kerinduan..
Demi keadaan yang semakin sukar..
Allah hadiahkan aku tautan kasih ini..
Semoga abad dalam kenangan..
Harapan menggunung kan bertemu lagi <3