Sabda Rasulullah s.a.w. :
كُلُّ بَنِى آدَمَ خَطَّاؤُوْنَ وَخَيْرُ الْخَطَّائِيْنَ التَّوَّابُوْنَ
"Sekalian anak Adam tidak sepi dari kesalahan-kesalahan dan sebaik-baik orang yang bersalah ialah orang yang segera bertaubat"

Khamis, 24 Februari 2011

Alhamdulillah.. Alhamdulillah..



Ketika hati ingin berputus asa,
Allah ingatkan aku melalui ujiannya,
aku malu, kerana pernah dijajah dengan semudahnya,
sedangkan dahulu sama-sama kami berjuang,
berhadapan mehnah..

Ketika hati ingin berputus asa,
aku diuji lagi dengan seberat-beratnya,
namun masih lagi tidak setanding ujian Sumayyah
di sula kerana memperjuangkan agamanya,

Malah aku hanya tidak mampu bertahan,
sekerasnya godaan syaitan laknatullah,
sedangkan aku tahu janji-janji yang hanya bertekad
merosakkan umat Muhammad S.A.W..

Namun syukur ya Tuhan,
aku tersedar dalam lena yang panjang,
jika bukan atas ihsan-Mu ya Allah,
aku masih dibelenggu rantaian musuh-Mu,

Jika bukan atas kasih sayang-Mu,
aku mati dalam kemurkaan-Mu,
Na'uzubillah..

Kini aku tiada hak lagi untuk berputus asa,
Kau sering melindungiku ya Allah,
dalam apa jua cara-Mu,
dan juga demi cinta-mu,
aku bangun walau dalam malu,
sesungguhnya Engkau lebih tahu apa yang
tidak pernah aku tahu..

Ampunkanlah segala dosa-dosaku
yang tidak terhitung ya Allah..
moga jasad dan rohku kelak ditempatkan di
kalangan orang-orang yang soleh...ameen..ameen..


Rabu, 23 Februari 2011

Al-Fatihah







Hampir 2 minggu kembali menjadi 'seorang anak' sepenuh masa. Mula-mula terasa sangatlah bosan sebab macam tak ada benda yang nak dibuat. Rutin harian macam biasa kena kemas rumah, kemas dapur, uruskan baju-baju dan bla bla.. sehinggalah ana dan keluarga dikejutkan dengan permergian arwah atuk sebelah abah yang sebelum ini dipanggil Tokbak. Arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 12.30 tengah hari pada hari Rabu, 16 Februari 2011. Sepanjang perjalanan kami ke Batu Pahat, Johor yang selalu nya mengambil masa dalam 4 jam untuk sampai, alhamdulillah kami sekeluarga tiba dalam masa 2 jam sahaja dan sempat menatap wajah arwah untuk kali yang terakhir selepas disembahyangkan. Sebak yang tidak terungkap, wajah arwah sangat bersih dan langsung tidak cengkung seperti kali terakhir ana berjumpa dengan arwah pada hari raya pertama tahun lepas. Arwah menghidap sakit buah pinggang dan perginya kerana sakit tua. Begitulah manusia, tiba masa dan janji Allah itu pasti, kita akan tinggalkan dunia yang sementara. Tanpa ada apa-apa bekalan kecuali segala amalan yang kita lakukan di dunia.

Sepanjang 3 hari di kampung, seluruh keluarga kami berkabung dan menurut abah, tokbak berpesan supaya tidak di adakan kenduri tahlil. Arwah hanya mahu doa-doa yang berterusan dari anak-anak dan seluruh keluarga. Kami menurut dan percaya arwah ada sebab yang tersendiri. Ada jugak yang bertanya kepada ana :

"Tak buat kenduri tahlil ke?"

"Bukan ke wajib kena buat?"

Wallahua'allam.

Ana hanya mengikut kepercayaan bahawa apabila seorang manusia itu mati hanya 3 perkara yang masih bertalian :

1. Amalan yang dikerjakan di dunia,
2. Doa-doa dari anak-anak yang soleh, dan
3. Ilmu yang diturunkan oleh si mati kepada generasi seterusnya.

Jika keluarga si mati berniat melakukan kenduri tahlil, biarlah niat semata untuk sama-sama bersedekah Al-Fatihah dan Surah Yassin dan sekiranya ingin menjamu tetamu dengan juadah-juadah, biarlah sekiranya perkara itu diniatkan sebagai amal jariah. Bukan untuk sampainya sedekah itu kepada si mati. Wallahua'llam..

Ana faham dengan peralihan zaman, kehendak adat dan budaya melayu, kebanyakannya jiran tetangga mungkin akan tertanya-tanya mengapa kenduri tahlil tidak di adakan dan ana pula sudah faham, walaupun tidak begitu rapat dengan arwah, ana dan keluarga sudah terbiasa dengan didikan agama yang tegas dari arwah dan arwah tidak akan mempedulikan kata-kata orang sekeliling selagi segala ajaran dan ikutan tidak bertentangan dengan syariat Islam dan amalan Rasulullah S.A.W. Cuma sehari selepas pemergian arwah, pada hari Khamis, kami menjamu ahli jemaah surau dengan buah-buahan selepas selesai solat Maghrib, bacaan yaasin dan seterusnya solat Isyak secara berjemaah. Kami bersyukur semuanya berjalan dengan lancar dan sehingga kini tidak ada lagi kedengaran suara-suara yang tidak menyenangkan berkenaan dengan pendirian arwah.

Sudah seminggu permergian arwah, sedikit demi sedikit ana dan keluarga mula dapat menerima dengan tabah. Segala yang berlaku adalah janji Allah pada kita. Sebagai manusia, kita hanya mampu berserah dan berusaha mempertingkatkan amalan selagi masih lagi bernyawa. Moga roh arwah dicucuri rahmat-Nya dan titempatkan dikalangan orang-orang yang soleh. Al-Fatihah...


"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.." (Surah Al-Hadid: 22-23)

Jumaat, 11 Februari 2011

Pengalaman itu Menyakitkan


2 tahun berlalu..

Sia-sia ke? Mungkin bagi orang luar yang tidak tahu..aku bakal di perli2, ditujah pelbagai soalan yang aku tak nak jawab. Tapi semua tu juga salah satu ujian untuk aku cekal dalam perjalanan hidup yang penuh liku. Sebelum aku di mandi, di kafan dan di sembahyangkan.. Apalah sangat ujian dunia ini, setidaknya aku bersyukur masih lagi diberi peluang hidup bersama keluarga yang sementara. Sampai masa dan kehendak-Nya, hilanglah nikmat gembira sehingga lah kami dipertemukan kembali di syurga. Mungkinkah?

Layakkah aku yang bersarang noda ini menjejak kaki ke taman-taman syurga yang indah..jangankan menatap, dapatkah aku mencium bauannya saat dihitung di padang mahsyar kelak. Belum tentu lagi.

Tapi orang sekeliling bukan penentu masa depanku di sana. jika aku malu bertindak sekarang, mereka ke yang sudi menolong aku untuk menjawab soalan-soalan keramat..

Tidak..

Mengapa aku perlu malu dengan pengalaman yang menyakitkan.. tak semua orang dapat merasai nya.. imbuhannya.. aku dapat merasai betapa keagungan Allah itu tersangat luas.. tak terucap tak tercakap.. Syukur Ya Allah...! aku masih lagi hidup dalam keizinan-Mu..

Walau pengalaman-pengalaman lalu sangat menyakitkan..aku tidak mahu berterusan ke masa hadapan di saat Kau menghitung amalan ku.. Cukuplah apa yang terjadi.. Sudah lah apa yang aku lalui.. Kini aku bangkit kembali untuk mengejar rahmat-Mu yang aku tinggalkan dulu..

muslimah loves... Pictures, Images and Photos

Aku seorang wanita yang jika tidak dipupuk kasih sayang..aku lemah..
Aku ini seorang wanita yang jika tidak kuat iman..aku rebah..
Aku ini seorang wanita yang jika luntur kesabaran..aku terduduk..

Tapi aku masih lagi seorang wanita yang jika kuat melawan mehnah..aku berjuang..
Aku kini tetap lagi menjadi seorang wanita yang terus bangun yang jika aku kental..kebahagian tetap menjadi milikku..


"Cinta ke arah kebaikan tak pernah hilang dari hati insan walau selama hidup bergelumang dosa. Hanya nafsu duniawi menjadi benteng. Carilah jalan pulang untuk suatu kebahagiaan yang selamanya kekal.."


Khamis, 10 Februari 2011

A Short Start..

Salam ku untuk kalian yang kadang kala singgah di laman ku yg sekian lama tak di update kan. Berat hati nak bermula kembali sebagai penulis. Tapi memandangkan sekarang dah kembali menjadi penganggur sepenuh masa, sekurang-kurangnya ada jugak aktiviti selain mengemas rumah, belajar jadi suri rumah pulak :)

Untuk permulaan yg sangat2 singkat ni, actually tak ada ape yang nak dikongsikan. Rugi nih. Huh.. Tapi xpelah, insyaAllah entry akan datang nak buat sedikit rombakan dan nak pk ape lagi yg nak dibuat untuk penuhi masa lapang nih..

"Perbuatan yang baik itu bagai wewangian yang bukan sahaja menggembirakan pemakainya, tetapi orang-orang yang berada di sekelilingnya juga.."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...