2 tahun berlalu..
Sia-sia ke? Mungkin bagi orang luar yang tidak tahu..aku bakal di perli2, ditujah pelbagai soalan yang aku tak nak jawab. Tapi semua tu juga salah satu ujian untuk aku cekal dalam perjalanan hidup yang penuh liku. Sebelum aku di mandi, di kafan dan di sembahyangkan.. Apalah sangat ujian dunia ini, setidaknya aku bersyukur masih lagi diberi peluang hidup bersama keluarga yang sementara. Sampai masa dan kehendak-Nya, hilanglah nikmat gembira sehingga lah kami dipertemukan kembali di syurga. Mungkinkah?
Layakkah aku yang bersarang noda ini menjejak kaki ke taman-taman syurga yang indah..jangankan menatap, dapatkah aku mencium bauannya saat dihitung di padang mahsyar kelak. Belum tentu lagi.
Tapi orang sekeliling bukan penentu masa depanku di sana. jika aku malu bertindak sekarang, mereka ke yang sudi menolong aku untuk menjawab soalan-soalan keramat..
Tidak..
Mengapa aku perlu malu dengan pengalaman yang menyakitkan.. tak semua orang dapat merasai nya.. imbuhannya.. aku dapat merasai betapa keagungan Allah itu tersangat luas.. tak terucap tak tercakap.. Syukur Ya Allah...! aku masih lagi hidup dalam keizinan-Mu..
Walau pengalaman-pengalaman lalu sangat menyakitkan..aku tidak mahu berterusan ke masa hadapan di saat Kau menghitung amalan ku.. Cukuplah apa yang terjadi.. Sudah lah apa yang aku lalui.. Kini aku bangkit kembali untuk mengejar rahmat-Mu yang aku tinggalkan dulu..
Aku seorang wanita yang jika tidak dipupuk kasih sayang..aku lemah..
Aku ini seorang wanita yang jika tidak kuat iman..aku rebah..
Aku ini seorang wanita yang jika luntur kesabaran..aku terduduk..
Tapi aku masih lagi seorang wanita yang jika kuat melawan mehnah..aku berjuang..
Aku kini tetap lagi menjadi seorang wanita yang terus bangun yang jika aku kental..kebahagian tetap menjadi milikku..
"Cinta ke arah kebaikan tak pernah hilang dari hati insan walau selama hidup bergelumang dosa. Hanya nafsu duniawi menjadi benteng. Carilah jalan pulang untuk suatu kebahagiaan yang selamanya kekal.."
salam ziarah..
BalasPadamnice n3..peringatan buat kita semua.. tq..
rasenye setiap org pasti ada pengalaman pahit nya sendiri..cuma bezanya "sakit" atau x..
sy x tahu pengalaman apa yg saudari mksdkan..
namun sy juga ada pengalaman pahit yg mmg benar2 menyakitkan..10 thn dh berlalu, namun masih segar dalam ingatan..
tiada siapa mahukan pengalaman yg menyakitkan..
namun andai itu kehendakNya, redha la dgn apa yg telah terjadi..
spt kata saudari, x semua merasainya..
dan yg plg penting, jgn sesekali putus asa..
jgn sesekali buruk sangka pd tuhan..
ade hikmahnya kenapa ia terjadi kpd kita..
semoga pengalaman pahit yg menyakitkan itulah
justeru akan menjadikan kita insan yg lbh baik
di hari kemudian..amiin.. (^_^)