Sabda Rasulullah s.a.w. :
كُلُّ بَنِى آدَمَ خَطَّاؤُوْنَ وَخَيْرُ الْخَطَّائِيْنَ التَّوَّابُوْنَ
"Sekalian anak Adam tidak sepi dari kesalahan-kesalahan dan sebaik-baik orang yang bersalah ialah orang yang segera bertaubat"

Khamis, 24 Februari 2011

Alhamdulillah.. Alhamdulillah..



Ketika hati ingin berputus asa,
Allah ingatkan aku melalui ujiannya,
aku malu, kerana pernah dijajah dengan semudahnya,
sedangkan dahulu sama-sama kami berjuang,
berhadapan mehnah..

Ketika hati ingin berputus asa,
aku diuji lagi dengan seberat-beratnya,
namun masih lagi tidak setanding ujian Sumayyah
di sula kerana memperjuangkan agamanya,

Malah aku hanya tidak mampu bertahan,
sekerasnya godaan syaitan laknatullah,
sedangkan aku tahu janji-janji yang hanya bertekad
merosakkan umat Muhammad S.A.W..

Namun syukur ya Tuhan,
aku tersedar dalam lena yang panjang,
jika bukan atas ihsan-Mu ya Allah,
aku masih dibelenggu rantaian musuh-Mu,

Jika bukan atas kasih sayang-Mu,
aku mati dalam kemurkaan-Mu,
Na'uzubillah..

Kini aku tiada hak lagi untuk berputus asa,
Kau sering melindungiku ya Allah,
dalam apa jua cara-Mu,
dan juga demi cinta-mu,
aku bangun walau dalam malu,
sesungguhnya Engkau lebih tahu apa yang
tidak pernah aku tahu..

Ampunkanlah segala dosa-dosaku
yang tidak terhitung ya Allah..
moga jasad dan rohku kelak ditempatkan di
kalangan orang-orang yang soleh...ameen..ameen..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...