Sabda Rasulullah s.a.w. :
كُلُّ بَنِى آدَمَ خَطَّاؤُوْنَ وَخَيْرُ الْخَطَّائِيْنَ التَّوَّابُوْنَ
"Sekalian anak Adam tidak sepi dari kesalahan-kesalahan dan sebaik-baik orang yang bersalah ialah orang yang segera bertaubat"

Rabu, 2 Mac 2011

Tidak Bernoktah

Alhamdulillah, syukur atas nikmat yang diberi, setiap hela nafas yang dipinjam, itulah permulaan bagi setiap anugerah yang lainnya. Tanpa diminta, Allah masih lagi memberi peluang setiap hamba-Nya memperbaiki diri untuk menjadi yang lebih baik dari semalam. Semalam adalah semata-mata sejarah, yang jika tidak di renung kembali hikmah yang terkesan, berlalu lah lagi sejarah yang memeritkan, menyesakkan hati dan akal yang tidak fokus pada Allah.

Alhamdulillah, jika semalam yang kembali, merupakan sejarah yang merubah diri ke arah kebaikan. Maka sebagai manusia yang lemah, tidak ada istilah sempurna. Apabila yang baik itu, kita usaha kan untuk menjadi yang terbaik, apabila yang terbaik, masih tetap lagi boleh di jadikan yang lebih terbaik. Kerana seseorang manusia sentiasa khilaf dengan nafsu. Akal yang bersyukur, akan mengarah hati untuk melakukan perkara yang membawa manfaat pada diri. Sekurang-kurangnya untuk diri sendiri. Jika kita masih lemah menyatakan kepada umum, latihla jiwa dan hati untuk mengubah diri sendiri terlebih dahulu.

Akhir zaman yang mencabar, sangat sukar untuk menyatakan suatu kebaikan melalui lisan. Hanya insan-insan yang kuat imannya, teguh pendiriannya kerana Allah, sememangnya mampu melakukan perubahan utuk komunitinya. Tetapi setiap manusia mempunyai kemampuan dan kelebihan sendiri. Kita ada kudrat dan akal dan jika disatukan, insyaAllah kita mampu menyumbang kepada aktiviti yang memanfaatkan bukan sahaja untuk diri sendiri malahan untuk orang sekeliling. Allah Maha Mengetahui, sekuat atau selemah mana iman hamba-Nya, hikmah itu sudah tersedia apabila kite sendiri berusaha untuk menggerakkan diri kita.

Ana seringkali memujuk diri dengan beristighfar. Walaupun telah melalui ujian yang besar bagi diri ana, bukan bermakna ana tidak akan diuji lagi. Bahkan apabila seseorang itu semakin meningkat imannya, maka lebih besar ujian yang Allah berikan semata-mata untuk melihat sejauh mana teguhnya iman seseorang hamba itu. Subhanallah.. Lemparkan sejauhnya rasa bangga dengan iman yang diperoleh walaupun atas usaha sendiri.

Kerana kita dijadikan hanya untuk mengikut perintah Yang Maha Agung Lagi Bijaksana, bukan untuk bermuka-muka dengan segala pinjaman yang sementara, walhal iman sekali pun, jika kita masih kuat berpegang dengan agama Allah ini, maka selamatlah kita di dunia dan di akhirat kelak, begitu pun ia hanya akan berlaku dengan izin dan kehendak-Nya. Bagaimana pula kita, jika di dalam perjalanan untuk kembali ke jalan-Nya yang lurus, tetapi kita di uji dengan ujian yang sedasyat-dasyatnya? Bersyukurkah kita dengan nikmat iman tersebut sebelumnya? MasyaAllah.. Allah mengajar kita dengan cara dan kehendakNya.. ( petikan ayat sahabat sejati )

Allah menjadikan tiap sesuatu ada hikmah dan harganya. Kita sebagai manusia yang mempunyai akal sepatutnya memahami mengapa Allah kadangkala menguji kita. Sebab Allah mahu kita menggunakan akal dengan sebaiknya, untuk memberi manfaat dan bukan sebaliknya.

Ana tidak lahir dari biah solehin kerana iman itu tidak akan diwarisi, sebaliknya setiap umat harus berusaha untuk meraih kemanisan iman itu sendiri. Ana bersyukur, walau silih berganti ana di uji, silih berganti juga ana tersedar hakikat hidup ini hanya sementara, sekurang-kurangnya Allah itu masih sayang. Sesungguhnya segala yang berlaku adalah hanya dengan keizinan Allah semata-mata. Ujian dari Allah itu tidak akan berhenti selagi kita mengaku diri sebagai hamba dan Allah memberi peluang sekali lagi kepada ana untuk mencorak kembali masa depan yang belum pasti. InsyaAllah akan digunakan dengan sebaiknya.

Wallahua'allam.

Ingatlah bahawa hidup itu satu ujian. Hanya yang bersedia dengan persediaan yang cukup akan "lulus" dan akhirnya kepada Allah lah kita kembali dengan kematian yang pasti. Segala kebaikan dan keburukan adalah cubaan buat manusia seperti firman-Nya (Surah Al-Anbiya' : 21:35)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...