Bismillahirrahmanirrahim...
Hanya lafaz syukur sepanjang diberi peluang yang kadangkala ana persiakan tanpa sedar. AllahuAkbar.. Sesungguhnya tidak lama pun tempoh masa yang Allah beri untuk kita supaya 'berkhidmat' kepada-Nya.
"Demi masa.. Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh.."
Seperti biasa selagi ana mempunyai idea yang datangnya dari Allah, selagi masa yang Allah beri ana mahu manfaatkan dengan memberi manfaat kepada orang lain, ana akan selalu mencuba untuk memerah otak berfikir input yang bagaimana yang ana mahu kongsikan untuk sahabat sekalian. Banyak perkara yang berlegar di dalam minda ana. Kadangkala terasa mahu meluahkan semua, tetapi Allah Maha Mengetahui.. apabila kita terasa payah meluahkan sesuatu, mungkin ada hikmah yang Allah sediakan. Apa yang kita fikir baik untuk kita tulis, kadangkala tidak menjadi baik pada pandangan-Nya dan sebalik-Nya. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah dan khilaf itu datang dari kita manusia yang tidak sempurna.
Hari ini ana mahu berkongsi satu artikel yang tidak asing pada pengetahuan orang-orang yang sentiasa sedar akan hakiakt kejadiannya sebagai hamba Allah. Subhanallah. Allah tahu ana sudah lama tidak meniti hakikat ini dan mungkin atas sebab itu ana diuji.
Alhamdulillah. Allah mengajar dengan cara dan kehendak-Nya, setelah diberi peluang yang entah keberapa kali, sedang ana meng'explore' facebook sahabat-sahabat, ana terjumpa satu profile yang diberi nama "Pendedahan Konspirasi & Penipuan Dunia". Ana tertarik dengan isi-isi yang dikonsi oleh penulis dan ana share salah satu artikel beliau di sini. Wallahua'llam..
-------------------------------
Sering saja kita melayari 'blog-blog' yang memaparkan berbagai bentuk   konspirasi dunia hari ini dan berbagai juga maklumat baru yang   diperolehi setiap masa dan hari. Kita juga kerapkali mendengar akan hal   Islam hari ini,sebagaimana di Eropah , Sinar Islam semakin menyinari  dan  telah mendapat tempat di kalangan masyarakat di sana,Pun begitu  kita  tidak terlepas dari keadaan bahaya yang mengancam Umat islam di  mana  carta kejatuhan penganut Ugama Islam dan juga carta kejatuhan  moral di  kalangan Umat Islam terutamanya di negara kita, yakni Malaysia  amat  membimbangkan. Agaknya bagaimanakah kefahaman Islam di kalangan   masyarakat kita hari ini yer ?Sebagaimana yang telah disabdakan oleh   baginda Rasul...
 
Daripada Ali Bin Abi Talib r.a berkata, telah bersabda Rasulullah s.a.w ," Sudah   hampir sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam ini   kecuali hanya namanya dan tidak tinggal lagi daripada Al-Quran itu   kecuali hanya tulisannya.Masjid-masjid tersergam indah tetapi ia kosong   dari Hidayah.Ulama-ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada  di  bawah naungan langit.Dari mereka berpuncanya fitnah dan kepada  mereka  fitnah ini akan kembali ".
 
Hadis Riwayat Al-Baihaqi.
Pesanan  baginda ini dapat kita perhatikan sekarang dan ianya semakin   menjadi-jadi dan perkara ini amat merisaukan kita. Masjid tersergam   indah tetapi jauh dari hidayah ALLAH dengan berleluasanya maksiat bahkan   pernah dipaparkan di dalam dada akhbar mengenai di perkarangan masjid   turut menjadi sarang maksiat. Betapa malunya kita apabila saudara   seagama yang melakukan perkara sebegini. Kita lihat pula hadis ini..
 
Daripada Abu Sa'id Al-Khudri r.a berkata,Bahawasanya Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda, " Kamu   akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu,sejengkal demi   sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga jika mereka masuk ke lubang   biawak sekalipun kamu akan mengikuti mereka". Sahabat bertanya," Ya   Rasulullah ,Apakah Yahudi dan Nasrani yang engkau maksudkan?" Nabi s.a.w   menjawab," Siapa lagi kalau bukan mereka ".Hadis Riwayat Muslim
 
 
Para  musuh Islam sentiasa berusaha menjauhkan kita dari mendapat hidayah   ALLAH ,hidayah yang dapat mencegah perkara fahsya dan mungkar. Mereka   tidak akan jemu merosakkan kita,jadi di sinilah perlu kita lihat sejauh   mana yang dikatakan solat yang dapat menarik hidayah ALLAh dan mencegah   fahsya dan mungkar . Sebagaimana firman ALLAh yang bermaksud...
 
Al-Ankabut [45] …..sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang fahsya dan mungkar 
 
Di dalam hadis lain pula Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda:
 
    “Siapa  yang dengan solatnya tidak dapat mencegah fahsya’ dan  munkar, tidak  akan bertambah daripada Allah melainkan semakin jauh  dariNya.“(Riwayat Tabrani dari Ibnu Abbas)
 
apakah hadis yang di atas ini yang berlaku kepada masyarakat kita sejak akhir-akhir ini?
 
...dan  amat malanglah bagi kita seandainya perkara sebegini terjadi dan   perlulah kita selidiki bagaimanakah untuk kita kembali sebagaimana yang   diamalkan oleh baginda Rasulullah s.a.w sepertimana pepatah melayu ada   mengatakan 'jika tersesat dihujung jalan maka baliklah kamu ke pangkal   jalan',apa yang hendak dikaitkan dengan pangkal jalan adalah cara   sebagaimana Rasulullah s.a.w. mula-mula beragama dan bukankah Rasul juga   pernah bersabda di dalam hadis qudsi yang bermaksud ; "bermulanya  agama  dengan mengenal ALLAH".
 
Betapa kerasnya hati ini hinggakan begitu payah menerima keadaan yang berlaku hari ini,kita lihat pula hadis ini...
 
“Kelak  akan datang di akhir zaman segolongan manusia, di mana  wajah-wajah  mereka adalah wajah manusia, namun hati mereka adalah hati  syaitan;  seperti serigala-serigala buas, tidak sedikit pun di hati  mereka rasa  belas kasihan. 
Mereka gemar menumpahkan darah dan tidak berhenti  dari (melakukan)  kekejian. Apabila kamu mengikuti mereka, maka mereka  akan memperdaya  kamu. Akan tetapi, apabila kamu menghindari mereka,  maka mereka akan  mencela kamu. Apabila berbicara dengan mereka, mereka  akan membohongi  kamu. Dan apabila kamu memberi mereka kepercayaan,  mereka akan  mengkhianatinya. 
Anak kecil mereka jahil, pemuda  mereka licik. Sementara yang tua tidak  menyuruh berbuat baik dan tidak  melarang pula yang mungkar. Mereka itu  sentiasa membangga diri dalam  kehinaan. Dan meminta apa yang ada pada  mereka bererti kesusahan. 
Orang  yang santun di tengah mereka adalah sesat, dan orang yang menyuruh   kepada perbuatan ma’ruf malah menjadi tertuduh. Orang beriman di   kalangan mereka adalah lemah, sedangkan orang fasiq menjadi mulia.   Sunnah di tengah mereka adalah bida’ah, sedangkan bida’ah itu sendiri   adalah sunnah. Maka ketika itu mereka dikuasai oleh orang-orang paling   jahat di antara mereka. Sedangkan orang pilihan apabila ia menyeru,   pasti tidak akan dihiraukan
.”
 
(Hadith Riwayat Thabrani- Kitab Al-Mu’jam Al-Kabir)
 
   Jikalau kita perhatikan pula hadis di atas ini mari kita perhatikan   akan sirah Rasulullah tatkala beliau mula-mula hendak mensyiarkan agama   yang di bawa beliau tatkala beliau baru balik dari Israk dan Mikraj.   Masyarakat pada masa itu mengatakan yang Baginda 'gila' sama sekali dan   hampir saja mereka yang baru saja hendak mengenal agama yang di bawa   oleh Rasulullah ini mula hendak melarikan diri. Maka di ajukan   pertanyaan terhadap Saidina Abu Bakar lalu beliau menjawab 'aku tetap   yakin jikalau apa yang dikatakan itu adalah dari Muhammad'. Lihatlah   begitu teguh dan yakinnya beliau terhadap Rasulullah.
 
   Cuba kita bayangkan pula sepeninggalan Rasul terhadap kita lebih  kurang  1400 tahun dahulu dan kita bandingkan Sepeninggalan Nabi Ibrahim  ke  zaman Rasulullah. Agak-agaknya berapa tahun yer ? Dan apakah  kata-kata  Abu Jahal tatkala Rasulullah menyampaikan agama yang di bawa  ketika  itu. Dia mengatakan yang apa yang mereka buat pada ketika itu  seperti  bertawaf di dalam keadaan yang menjelikkan di Kaabah adalah  agama yang  dibawa oleh nenek moyang mereka yakni agama Ibrahim. Dan  Rasulullah  juga tatkala sebelum turunnya wahyu yang pertama beliau  merasakan agama  yang di amalkan pada masa itu sudah jauh dari syariat  agama yang di  bawa oleh Nabi Ibrahim a.s. Jadi bukanlah agama baru  melainkan agama  yang di bawa oleh Nabi Ibrahim juga cumanya pada ketika  itu sudah jauh  dari syariat agama yang sebenarnya seperti yang di bawa  oleh Nabi  Ibrahim a.s tetapi mereka maseh mengatakan agama itu adalah  agama Nabi  Ibrahim juga.
 
Jadi , sudah berapa lama jarak antara kita  dengan zaman Rasulullah s.a.w  ? Dan hari ini kalau kita pergi ke kelab  ataupun disko dan kita lihat  berapa ramainya muka-muka yang sebangsa  dengan kita dan di tanya mereka  ini sudah tentu mereka akan mengatakan  yang mereka juga beragama Islam.  Dan hari ini berapa ramai pula yang  akan marah jikalau kita mengatakan  tentang keIslaman seseorang,bukanlah  tujuan untuk menghukumkan sesiapa  tetapi sekadar untuk kita bersama  berusaha mengembalikan kegemilangan  agama Islam yang sebenar seperti  yang di bawa oleh baginda Rasulullah  s.a.w.
 
Kita perhatikan pula hadis ini,
 
Dari  Abdullah bin Ma'ud dia berkata:'Ketika kami berada di sisi  Rasulullah  SAW,tiba-tiba datang sekumpulan anak muda dari kalangan bani   Hasyim.Apabila terpandang akan mereka ,maka kedua mata Rasulullah SAW   berlinang airmata dan wajah baginda pun berubah.Aku bertanya,'Mengapa   kami melihat pada wajah mu sesuatu yg tidak kami sukai?"
      Baginda pun menjawab,"Kami Ahlul Bait telah ALLAH pilih utk kami   Akhirat lebih dari dunia.Kaum kerabatku akan menerima bencana dan   penyingkiran selepasku kelak shinggalah datang suatu kaum dari sebelah   timur dengan membawa bersama-sama meraka panji-panji berwarna   hitam.Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya.
  Maka mereka pun berjuang dan beroleh kejayaan lalu diberikanlah apa yg   mereka minta itu tetapi mereka tidak menerima sehinggalah mereka   menyerahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yg memenuhi   bumi dengan keadilan sebagaimana ia dipenuhi dengan kedurjanaan.Siapa di   antara kamu yg sempat menemuinya maka datangilah mereka walaupun   merangkak di atas salji.Sesungguhnya dia adalah Al Mahdi."  - riwayat Ibnu Majah.
 
Sudah bersedia utk mengikuti jemaah yg memegang Panji Kebenaran?
 
“Al-Mahdi  akan datang setelah munculnya Panji-panji Hitam dari  sebelah Timur  yang mana pasukan itu selalu tidak pernah kalah dengan  pasukan mana  pun.” (Ibnu Majah)
 
Sebelah Timur? Apakah  kita tidak mahu turut menyertai mereka-mereka ini?  Dan bagaimanakah  mereka-mereka ini,adakah semudah mengenali budak-budak  berseragam yang  pergi ke sekolah-sekolah? Oh! tidak,sesekali tidak,  kerana dengan  semudah itu Dajal dapat membunuh mereka. Untuk berjuang  dan mati syahid  janganlah di anggap mudah. Sedangkan di zaman para  sahabat menjadi  Khalifah perang dahulu pun,mereka yang dilihat rajin  untuk menunaikan  solat di waktu dinihari yang akan terpilih. Inilah  perkara penting  sebagai hubungan dengan ALLAH untuk mendapat naungan dan  perintah  perang bukan dengan membuta tuli jer. Pernah di satu ketika  tatkala  Salahuddin mendapat tahu yang saudaranya telah dibunuh oleh  tentera  salib dan beliau tidak terus mengeluarkan arahan perang  sebaliknya  menanti petunjuk dari tuhan untuk memulakan peperangan. Dan  dalam satu  ketika juga di perang Salib,umat Islam sampai dapat melihat  tentera  Salib ini di bantu oleh Iblis sehinggakan kelihatan syaitan  turun dari  langit,jadi siapa yang diperlukan untuk menentang  tentera-tentera setan  ini jkalau kita tiada hubungan dengan ALLAH ?
 
Kata Sayidina Ali KMW,
 
“Maka  Allah Azza wa Jalla menghimpunkan sahabat-sahabatnya  (tentera al-Mahdi  yang dipanggil Ikhwan) seramai tentera-tentera Badar  dan seramai  tentera Talut, iaitu 313 orang lelaki, seolah-olah mereka  itu  singa-singa jantan yang keluar dari hutan. Hati mereka itu ibarat   kepingan-kepingan besi. Kalau mereka berkehendak untuk memindahkan   gunung, nescaya akan mereka lakukan. Pakaian mereka sejenis dan   seolah-olah mereka itu dari satu ibu dan satu ayah.
”
 
Dari  hutan? Adakah Hutan di sebelah Timur Tengah? Inilah perkara yang   memungkin yang ianya adalah dari sebelah sini. Sesiapa juga akan   berharap akan dapat bersama mereka. Dan juga kita perhatikan masaalah   sosial di negara kita semakin parah,ini juga memungkinkan menjadi   penyebab yang ianya akan bangkit dari sebelah sini. wallahualam.
 
Dalam  satu berita panjang mengenai peperangan yang berlaku di antara   panji-panji hitam dengan Sufyani yang diceritakan oleh Saiyidina Ali   Alaihissalam beliau ada menyebutkan : “… lalu (Allah)  mengutus ke  atas Sufyani itu seorang pemuda timur yang menyeru kepada  ahlil bait  Nabi SAW – mereka pemegang-pemegang panji-panji hitam  merupakan satu  kaum yang lemah – maka Allah pun memuliakan dan menolong  mereka,  sehingga setiap yang menentang mereka pasti akan dikalahkan….  Syiar  mereka “alif mim ta – alif mim ta” (maut bagi penentang mereka),   kebanyakan yang terbunuh dikalangan mereka itu pada tempat tempat   disekitar timur. - Kanzul Ummal (Juzuk 14 Hadis 3967)
 
Alif = zat ALLAH
Mim = Muhammad ( sunnah )
Ta = takhta yakni ketakhtaan
 
 Tuan-tuan  yang dihormati sekalian, kerapkali artikel ttg konspirasi  yang kita  lihat baik di dalam mahupun di luar negara,kebanyakkan hal  berkaitan  'Pyramid',mengapa? Sebenarnya ini adalah pokok kekuatan yang   sebenarnya,  jalan menuju ketuhanan yang sebenar tetapi cuba di olahkan   supaya menjadi Ilmu Dajjal hinggakan bila kita melihat saja segitiga,   kita akan katakan sumber Dajjal,cuba tuan-tuan lihat akan sirah   Rasul-rassul,semua Rasul mempunyai tempat uzlah di bukit-bukit atau   gunung-gunung dan kalau dilukiskan di atas kertas,akan nampak yang   bukit-bukit ini merupakan segitiga. Pada yang melalui mana-mana tarikat   pasti akan mengetahui perjalanan ini.
 
Perhatikan pula ayat di surah Ar-Rahman ayat 33 ini ;
 
Wahai  sekalian jin dan manusia! Kalau kamu  dapat menembusi langit dan bumi ,  maka cubalah kamu menembusinya . Kamu  tidak akan dapat menembusinya  melainkan dengan satu kekuasaan !
 
 
Hadis-hadis tentang Kiamat
 
 Didapati  kini bahawa seluruh tanda-tanda kecil telah muncul dan  terbukti  seperti yang dinyatakan dalam hadis iaitu sabda Nabi Muhammad  s.a.w  sendiri. Kebanyakan hadis-hadis ini dapat ditemukan di dalam Sahih   Muslim, Sahih Bukhari dan Riwayat Tarmidzi
 
 
    * Penaklukan Baitulmuqaddis
 
Dari Auf b. Malik r.a., katanya,
 
 
"Rasulullah  s. a. w. telah bersabda:"Aku menghitung enam perkara  menjelang hari  kiamat" Baginda menyebutkan salah satu di antaranya,  iaitu penaklukan  Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari
 
 
    * Zina bermaharajalela
       
"Dan  tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan   persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah   kiamat akan
 
datang." - Sahih Muslim
 
 
    * 3) Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik
       
 Daripada Abdullah Bin Amr Bin 'Ash r.a. berkata: "Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
 
"Bahawasanya  ALLAH S.W.T. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu  itu dengan  sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi ALLAH S.W.T.  menghilangkan ilmu  itu dengan mematikan alim-ulama'. 
Maka apabila sudah ditiadakan  alim-ulama' , orang ramai akan memilih  orang-orang yang jahil sebagai  pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin  yang jahil itu ditanya, mereka  akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan.  Mereka sesat dan menyesatkan  orang lain
."
 
Riwayat Muslim.
 
    *  4) Bermaharajalela alat muzik          
 
 "Pada  akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan  perubahan muka."Ada  yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah  bila hal ini  terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela   bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi2 wanita" - Ibnu Majah
 
    * 5) Menghias masjid dan membanggakannya
 
Berkata Ali bin Abi Talib,
“Akan  datang di suatu masa di mana Islam itu hanya akan tinggal  namanya  saja, agama hanya bentuk saja, Al-Qur’an hanya dijadikan bacaan  saja,  mereka mendirikan masjid, sedangkan masjid itu sunyi dari zikir   menyebut Asma Allah.
Orang-orang yang paling buruk pada zaman itu  ialah para ulama, dari  mereka akan timbul fitnah dan fitnah itu akan  kembali kepada mereka  juga.
Dan kesemua yang tersebut adalah tanda-tanda hari kiamat.”
 
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.
 
    * 6) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik
 
"Tidak  akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan   keji,memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim
 
    * 7) Ramai orang menuntut ilmu kerana pangkat dan kedudukan
 
“ Tidak  akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil  orang-orang yang baik  dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang  tinggal padanya kecuali  orang-orang yang hina dan buruk yang tidak  mengetahui yang makruf dan  tidak mengingkari kemungkaran " - Riwayat Ahmad ”
 
    * 8) Ramai orang soleh meninggal dunia
 
"Tidak  akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil  orang-orang yang baik  dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang  tinggal padanya kecuali  orang-orang yang hina dan buruk yang tidak  mengetahui yang makruf dan  tidak mengingkari kemungkaran" - Riwayat Ahmad
 
    * 9) Orang hina mendapat kedudukan terhormat
 
"Di  antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan  dikuasai  oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang  yang paling  baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh  dua orang  mulia" - Riwayat Thabrani
 
    * 10) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
 
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a."Di  antara tanda-tanda telah  dekatnya hari kiamat ialah akan muncul  pakaian-pakaian wanita dan  apabila mereka memakainya keadaannya seperti  telanjang."
 
 Tanda-tanda besar Kiamat
 
 
Era Pertama
 
    * Penyakit tanpa ubat
 
 
    * Dajjal bermaharajalela
 
Kekuatan  Dajjal ini dapatlah dibayangkan dengan  kecanggihan teknologi hari ini,  beliau bukan sahaja boleh menguasai  manusia malahan beliau juga dapat  menguasai jin. Jikalau kita lihat hari  ini,sebuah organisasi di mana  ianya cenderung ke arah keruntuhan  moral,adakah kita akan mengatakan  oraganisasi ini mendapat arahan terus  daripada Dajjal? Tidak samasekali  ! Dari sinilah Dajjal menggunakan  makhluk-makhluk alam lain sebagai  pembantunya.
 
Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Abdullah Mas'ud r.a. maksudnya: "Setiap   kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa   malaikat. Mereka bertanya: "Engkau juga ya Rasulullah." Sabdanya: "Ya   aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat   kuislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja." (Riwayat Ahmad dan Muslim)
 
Ath-Thabarani  mengisahkan riwayat dari Syuraik bin Thariq. Ia berkata,  Rasululloh  Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda, yang artinya: “Tidak   ada seseorang di antara kalian melainkan ada baginya seorang syaitan.”   Mereka bertanya, “Juga bagimu, ya Rasulullah?” “Ya, juga bagiku,  tetapi  Allah melindungiku sehingga aku selamat .”(HR. Ibnu Hibban)
 
Jin  yang mendampingi kita semenjak kita dilahirkan ke dunia ini sentiasa   mendorong kita ke arah yang bertentangan dengan kehidupan yang baik   kerana mereka ini adalah telah hidup lebih dahulu daripada kita namun   kita maseh boleh membentuk mereka ini dengan ibadah dan suasana yang   membolehkan kita berIman dengan ALLAh s.w.t. walau bagaimana pun   perlulah diketahui yang ' sejahat-jahat manusia adalah sebaik-baik jin   '.
 
Apabila mereka ini sudah terbiasa dengan suasana yang  mendorong ke arah  kemaksiatan sebagaimana suasana nafsu-nafsi yang di  jana oleh Dajjal  tadi, maka dia juga akan mendorong kita supaya ke arah  kemaksiatan .Jadi  tidak mustahil seandainya kita pernah mendengar di  dalam dada akhbar  bagaimana seorang guru boleh mencabul anak muridnya  sendiri.
 
Dajjal ini bukanlah tandingan manusia biasa yang  hendak melawannya  ,melainkan kita ini hendaklah duduk di bawah  Panji-panji yang mempunyai  guru yang makrifat dan mendapat bimbingan  mereka ini.
 
    * Imam Mahadi muncul
 
Dalam riwayat lain,Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud ; “Dunia   tidak akan berakhir sehingga orang-orang Arab dipimpin oleh seorang   laki-laki dari ahli baitku namanya serupa dengan namaku.” ( HR. Abu Dawud )
 
    * Perang Sabil
Dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah saw. bersabda, “Tidak  akan  terjadi kiamat sehingga kaum muslimin berperang dengan yahudi.  Maka kaum  muslimin membunuh mereka sampai ada seorang yahudi  bersembunyi di  belakang batu-batuan dan pohon-pohonan. Dan berkatalah  batu dan pohon,  ‘Wahai muslim, wahai hamba Allah, ini yahudi di  belakangku, kemari dan  bunuhlah ia.’ Kecuali pohon Gharqad karena ia  adalah pohon Yahudi.
” (HR Muslim)
 
    * Turunnya Nabi Isa as bersama tenteranya dari langit
 
“Demi  yang diriku berada ditangannya,sesungguhnya Ibn Maryam  hampir akan  turun di tengah-tengah kamu sebagai pemimpin yang adil,maka  ia akan  menghancurkan salib,membunuh babi,menolak upeti,melimpahkan  harta  sehingga tidak seorangpun yang mau menerima pemberian dan sehingga  satu  kali sujud lebih baik dari dunia dan segala isinya” (HR. Bukhari,Muslim,Ahmad,Nasa’I,Ibn Majah dari Abi Hurairah)
 
Isa  AS, putera Maryam AS, akan menjadi seorang hakim yang adil dan   penguasa yang adil (dalam umatku), mematahkan dan meremukkan kayu salib   dan membunuh babi... Bumi ini akan dipenuhi dengan kedamaian seperti   sebuah bejana diisi dengan air. Seluruh dunia akan mengumandangkan dan   mengikuti satu kata yang sama dan tidak satu pun akan disembah selain   Allah. (HR Ibnu Majah)
 
    * Dajjal dibunuh
 
Dalam satu hadis daripada Al-Nawwas bin Sam’an, katanya: “Rasulullah   saw menyebut perihal Dajal dan menyatakan: ‘...Sebenarnya Dajal itu   seorang muda yang rambutnya kerinting, biji matanya timbul (buta   sebelah); ... sebenarnya dia akan keluar di satu tempat antara negeri   Syam (Syria) dan Iraq. 
“Dia akan melakukan kerosakan di serata  tempat yang dia sampai kepadanya  (dengan menjadikan kampung orang yang  menerima dakwaannya sebagai Tuhan  mewah makmur, dan kampung orang yang  enggan menerima dakwaannya susah  meleset. 
“Dia akan menunjukkan  kepandaian sihirnya dengan menjadikan tempat yang  terbiar dan tanah  yang kering kontang mengeluarkan khazanah bumi dan  tumbuh-tumbuhan yang  menghijau subur. 
“Juga menjadikan orang muda yang kuat gagah  dibelah dua badannya,  sepotong dicampakkan jauh daripada yang satu  lagi, kemudian diseru lalu  kedua-dua potongan badan itu bersatu dan  orang muda itu pun hidup semula  dengan tersenyum-senyum seolah-olah  tidak ada sesuatu yang menimpanya. 
“Demikian juga mana-mana yang  menyembahnya dimasukkan ke dalam syurganya  yang dirasai oleh orang itu  sebagai neraka, sebaliknya orang yang  enggan menyembahnya dimasukkan ke  dalam nerakanya yang dirasai oleh  orang itu sebagai syurga; dan  sebagainya). 
“Nabi bersabda lagi: “Wahai sekalian hamba Allah,  selepas kamu  mengetahui demikian, maka tetapkanlah iman kamu, jangan  terpengaruh  kepada dakwaannya!” 
Kami bertanya: “Ya Rasulullah! berapa lama dia akan bermaharajalela di bumi?” 
Baginda  menjawab: “Empat puluh hari, hari yang pertama, panjangnya  seperti  setahun dan hari yang kedua, panjangnya seperti sebulan dan hari  yang  ketiga seperti seminggu, manakala hari yang lain seperti hari kamu  yang  biasa.” 
Kami bertanya lagi: “Ya Rasulullah! jika demikian, hari  yang panjangnya  seperti setahun itu, misalnya cukupkah kami mengerjakan  pada-Nya  sembahyang untuk sehari?” 
Baginda menjawab: “Tidak, tetapi kirakanlah masa untuk mengerjakan sembahyang itu sekadar masa yang biasa kamu lakukan.” 
Rasulullah  menerangkan lagi: “Ketika Dajal itu bermaharajalela, Allah  akan  menghantar turun Nabi Isa anak Mariam, lalu dia turun berhampiran   dengan menara putih yang letaknya di timur bandar Damsyik, maka Nabi Isa   pun mengejar Dajal hingga dapat menawannya di pintu kariah yang  bernama  ‘Lud’ lalu membunuhnya. 
Selepas itu, datanglah suatu  ka-um yang Allah sudah selamatkan mereka  daripada bencana Dajal  menghadap Nabi Isa, lalu Nabi Isa menghapuskan  kesan kedukaan dan  kesedihan daripada air muka mereka dengan menyatakan:  “Bahawa Dajal  sudah pun dibunuh dan menggembirakan hati mereka dengan  darjat  kedudukan mereka dalam syurga”. 
Nabi bersabda: “Bahawa ketika  Nabi Isa sedang menerangkan perkara yang  menggembirakan mereka, Allah  mewahyukan kepada Nabi Isa dengan  firman-Nya: “Bahawa Aku sudah  mengeluarkan sekumpulan hamba-Ku (Yakjuj  wa Makjuj) yang tidak ada daya  upaya bagi sesiapa pun memerangi mereka. 
“Oleh itu bawalah  hamba-Ku yang bersama kamu berlindung di bukit  Tursina. Selepas itu  Allah mengeluarkan Yakjuj wa Makjuj dan mereka pun  meluru turun  daripada tiap-tiap tempat yang tinggi.” 
“Nabi Isa dan pengikutnya  pun terkepung lama di bukit itu hingga kepala  lembu menjadi lebih  berharga dan lebih baik kepada mereka daripada  seratus dinar kepada  seseorang kamu sekarang. 
“Lalu Nabi Isa dan pengikutnya merayu  kepada Allah supaya membinasakan  musuh mereka, maka Allah menghantarkan  ulat menyerang batang leher  Yakjuj wa Makjuj, mereka pun mati  bergelimpangan dengan serentak seperti  matinya satu jiwa. 
“Kemudian  Nabi Isa dan pengikutnya turun dari bukit itu lalu mereka  dapati tidak  ada barang sejengkal pun di bumi, melainkan penuh dengan  bau hapak dan  busuk disebabkan bangkai Yakjuj wa Makjuj. 
“Maka Nabi Isa dan  pengikutnya merayu lagi kepada Allah, lalu Allah  menghantar sekumpulan  burung yang batang lehernya seperti unta, maka  kumpulan burung itu pun  mengangkut dan mencampakkan bangkai itu ke  tempat yang dikehendaki  Allah. 
“Kemudian Allah menurunkan hujan lebat yang sebarang  bangunan tidak  dapat menahan airnya daripada meliputi serta mencuci  muka bumi hingga  menjadi bersih dan rata seperti cermin. 
“Allah berfirman kepada bumi: “Tumbuhkanlah tanaman kamu dan keluarkanlah buah kamu, dan kembalikanlah segala nikmat kamu.” 
“Maka  pada masa itu, sebilangan orang boleh kenyang dengan hanya memakan   sebiji delima dan boleh berteduh dengan kulitnya dan pada masa itu juga   diberkati Allah pada susu hingga perahan seekor unta, mencukupi untuk   diminum oleh satu kaum yang besar jumlahnya. 
“Susu seekor lembu  perahan juga mencukupi untuk diminum oleh satu  kabilah dan susu seekor  kambing perahan, mencukupi untuk diminum oleh  satu suku kaum.” 
Nabi  bersabda lagi: “Ketika manusia sedang menikmati kemakmuran dan   kemewahan berkenaan, tiba-tiba Allah menghantar sejenis angin yang   baik... lalu mengambil nyawa setiap orang yang baik, mukmin dan Muslim,   dan tinggallah saja orang yang jahat dengan keadaan bercakaran sesama   sendiri dan berhubung jenis seperti haiwan, maka pada zaman mereka   inilah berlakunya hari kiamat.” 
Dan pada satu riwayat yang lain:  “Kemudian Allah menghantar sejenis  angin yang sejuk nyaman, yang  datangnya dari arah negeri Syam, maka pada  saat itu tidak tinggal di  atas muka bumi seorang pun yang ada dalam  hatinya seberat zarah  kebaikan, melainkan diambil nyawanya oleh angin  itu.” 
Nabi  bersabda lagi: “Maka tinggallah saja orang jahat yang cepat  bergerak  melakukan maksiat dan kederhakaan secepat burung terbang, dan  yang  menceroboh serta menzalimi satu sama lain seperti binatang buas;  mereka  tidak suka dan tidak mengenal perkara yang baik, dan tidak benci  serta  tidak melarang daripada melakukan perkara yang buruk.” 
Pada saat  itu, syaitan menyamar diri kepada mereka dan bertanya: “Tidak  malukah  kamu meninggalkan jalan mendampingi diri kepada Allah? Tidak  mahukah  kamu menurut ajakan aku? Maka mereka pun bertanya: “Jika  demikian apa  yang engkau suruh kami lakukan? 
Syaitan pun menyuruh mereka  menyembah berhala untuk mendampingkan diri  mereka kepada Allah  (kononnya), mereka menerima ajakan syaitan itu lalu  menyembah berhala,  sedangkan rezeki mereka mencurah-curah dan  penghidupan mereka baik dan  mewah; kemudian ditiup sangkakala, yang  pertama, yang mematikan segala  yang bernyawa ...” – ( al-Nawwas bin Sam'an r.a Hadis riwayat Muslim ).
 
    * Dunia kembali Sejahtera,aman,damai dan sentosa
 
    * Manusia kembali menyembah berhala
 
Era kedua
 
    * Al-quran diangkat ke langit
 
    * Yakjuj wa Makjuj muncul dengan membuat kerosakkan
 
(  Demikianlah keadaan mereka ) hingga apabila  terbuka tembok yang  menyekat Yakjuj dan Makjuj, serta mereka meluru  turun dari tiap-tiap  tempat yang tinggi. Dan hampirlah datangnya janji  hari kiamat yang  benar, maka dengan serta-merta pandangan mata  orang-orang yang kufur  ingkar terbeliak (sambil berkata dengan cemas):  "Aduhai celakanya Kami.  Sesungguhnya kami telah tinggal dalam keadaan  yang melalaikan kami  daripada memikirkan perkara ini, bahkan kami telah  menjadi orang-orang  yang menganiaya diri sendiri". (Surah Al-Anbiyaa’ : 96 - 97)
 
    * Raksasa terbit dari bumi Mekah ( Dabbatul ardh )
 
“Dan  apabila perkataan telah jatuh atas  mereka, Kami keluarkan sejenis  binatang melata dari bumi yang akan  mengatakan kepada mereka, bahwa  sesungguhnya manusia dahulu tidak yakin  kepada ayat-ayat Kami.” (An-Naml: 82)
 
    * Allah tandakan dahi mereka yang tidak beriman
 
    * Allah matikan orang-orang yang beriman dengan angin sejuk
 
    * Matahari terbit dari sebelah barat
 
Menurut Hadist Nabi saw. Rasullullah saw bersabda: "Salah  satu  tanda Akhir zaman (Kiamat), apabila sampai masanya... matahari  terbit  disebelah barat. Pada masa ini, taubat sudah tiada." hadith Muslim.
 
    * Tiupan angin Sangkakala
 
23-101: Apabila  ditiup sangkakala, maka  tidaklah ada lagi pertalian nasab  (kekeluargaan) antara mereka pada hari  itu, dan mereka tidak saling  bertanya.  
 
    * Allah Gulungkan dunia
 
...dan  akhir sekali kita hayatilah lirik daripada lagu ini pula yang   disampaikan oleh satu kumpulan yang sedang naik dipersada muzik tanahair   yang berbekalkan semangat kemelayuan kita dan ingatlah bahawasanya   usaha ke atas agama sahaja yang dapat dilakukan melalui media massa hari   ini dan bukanlah sebenarnya usaha ke atas IMAN tanpa menghadirkan diri   yang sebenar....
 
GEMBALA ILLAHI
 
Sepanjang jalan hidup kulalui
Membentang maksud yang Tuhan tunjuki
Memegang berpaut bertahan diuji
Menjelang menyahut panggilan Ilahi.
 
Segala liku badai kulalui
Menghiba pilu berbagai kurasai
Menggema kalbu menghurai hak Ilahi
Merasa rindu padaNya sebelum sampai mati.
 
Aku gembala dari gunung tinggi
Aku gembala penyambung kalam Ilahi
Aku hanya menjunjung membakti
Aku hanya hamba Maha Tinggi.
 
Aku menjelma demi memenuhi
Sebelum masa aku dipanggil pergi
Aku hamba yang mengabdi
Hidupku keranda abadi.
 
Apa yang disampaikan
Untuk diamal diusahakan
Aku hanya utusan
Mengingat dan mengkhabarkan…
 
Wallahua'allam..