#81 Susahnya nak solat
-
Mengapa kita rasa susah sangat nak solat? Dan mengapa kita rasa 'okey-okey'
sahaja bila kita menginggalkan solat? Benda ni menyedihkan sebenarnya. Kita
ber...
كُلُّ بَنِى آدَمَ خَطَّاؤُوْنَ وَخَيْرُ الْخَطَّائِيْنَ التَّوَّابُوْنَ
"Sekalian anak Adam tidak sepi dari kesalahan-kesalahan dan sebaik-baik orang yang bersalah ialah orang yang segera bertaubat"
Rabu, 9 Mac 2011
Rumahku Syurgaku
Bismillahirrahmanirrahim...
Semenjak 2 menjak ana kembali menjadi penghuni sepenuh masa di rumah kesayangan, banyak perubahan berlaku pada diri sendiri dan persekitaran. Umur yang semakin lama berkurang menjadi salah satu sebab kudrat digerakkan untuk melakukan perubahan yang drastik. Perubahan yang paling drastik sekali adalah jeng jeng..
Memasak
Bukan susah pun sebenarnya. Diri sendiri jer yang malas. Paling kelakar dan malu sangat2 bila balik kampung selalu kena perli dengan makcik2. Aduss.. memang pedas giler-giler. Rasa macam telinga kena acid.. hekhek.. yela, mane tidak.. umur dah layak nak kawen, klu dah kawen pulak, dah boleh dpt anak. kalau tak tahu masak, alamat kena bom nuklear dgn mak mertua. Hampeh..
Tapi mesti beringat, terutamanya yang sedar diri bernama perempuan. Mahu atau tidak, awal atau lambat, suatu masa nak taknak mesti kena memasak jugak. Mungkin ada segelintir yang tidak mahu menekankan perkara ini. Sama macam ana dolu2 jugak. Orang tua2 kata degil. Tapi bila dah kena tegur, nak pula teguran tu memang lazer. Jadi tersedarlah ana dari lena yang sangat panjang. Terima kasih sangat2 buat ummi kesayangan ( makcik belah abah ) yang sebenarnya daripada kami kecik dok tengking2 suruh masuk dapur tapi tak masuk2, bila dah tua ni kena tegur baru lah nak rasa malu. Hehehe..
Rutin Harian
Alhamdulillah. Ana sangat bersyukur. Ibu adalah orang yg sangat memahami ana walaupun kadangkala ana sangat malas untuk berjaga selepas subuh. Kita selalu merungut perkara yang kita belum cuba pun untuk buat. Pertama kali ana cuba ubah rutin yang terbiasa tidur selepas subuh, rupanya sangat mudah kerana sudah berniat pun nak bangun pagi. Mungkin sebelum ni sememangnya ana malas. Nauzubillah. Mudah-mudahan perubahan ini menjadikan ana lebih matang membina sahsiah diri.
Antara permasalahan yang sering sahabat persoalkan :
"Lepas ni ko nak duduk rumah je ke?" "Ko tak nak ke sambung belajar lagi? "
Tak pun ko keje je la dulu.. Duk rumah pun bukan boleh buat apa2.."
Ishh.. betul ke kalau duduk rumah tak boleh nak buat apa2? Silap tuh. Ana rasa bila dapat duduk rumah lah paling banyak benda yang boleh dibuat. Terutamanya lebih banyak benda yang baik dari terjebak dengan perkara yang tak elok. Selama ana duduk rumah ni, kadang-kadang tak sempat nak berehat sebab bila siap berkemas, nak pula ana jaga Si Haziq. Adik ana yang paling comel dan sangat2 banyak mulut. Tahun ni baru nak masuk 4 tahun tapi bercakap dah macam kereta api takde brek. Jenuh la nak melayan. Tapi Alhamdulillah, adanya dia menjadi kan ana lebih tahu bagaimana nanti kalau ana berpeluang menjadi seorang ibu. Subhanallah.. kesusahan dan kepayahan nak membesarkan anak pada zaman ini sangat mencabar. Apa lagi kanak-kanak sekarang mudah bergaul, terdedah dengan perkara yang kadang kala kita tak sedar menjadi ikutannya. Terutama sekali yang diikut bukan lah perkara yang baik. Sekarang, biarlah orang luar tidak tahu apa pengalaman yang ana pelajari dengan hanya duduk di rumah. Sebabnya sudah bosan hidup diluar yang penuh dengan tipu daya syaitan. Allah lebih mengetahui tentang segala sesuatu. Jika kita berserah diri dan bertawakkal kepada Nya, insya Allah akan ada hikmahnya nanti.. :)
Biarlah hanya dengan family, ana lebih tenang. Alhamdulillah, peluang ini tidak dapat lagi ana peroleh di mana-mana. Jika orang lain mengatakan ana rugi, bukankah Allah itu sebaik-baik perancang? Jika diluar ana di amuk dengan identiti diri yang sentiasa bercelaru. Dengan bermuhasabah diri mempelajari sahsiah diri, ana lebih mudah mendekatkan diri kepada Allah. Alhamdulillah. Biarlah Allah penentu segalanya. Selebihnya dengan usaha dan kudrat ana sebagai manusia, ana lebih senang berbakti kepada keluarga. Wallahua'allam.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan