Sabda Rasulullah s.a.w. :
كُلُّ بَنِى آدَمَ خَطَّاؤُوْنَ وَخَيْرُ الْخَطَّائِيْنَ التَّوَّابُوْنَ
"Sekalian anak Adam tidak sepi dari kesalahan-kesalahan dan sebaik-baik orang yang bersalah ialah orang yang segera bertaubat"

Selasa, 8 Mac 2011

Berjuanglah Diri Sebelum Mati



Ya Allah..
Aturan-Mu sebaik baik hikmah,
Aku berpaling dari Mu walau seribu langkah,
Asal usul ku di lupai, sedang aku lahir untuk sujud padaMu..

Ya Allah..

Ku khilaf mengawal akal dan nafsu..
yang Kau beri untuk mengagung diri Mu..
namun Ya Allah, Kau tetap Maha Penyayang..

ku masih lagi di sini, atas kasih sayang Mu..

kau terbitkan pula rasa cinta
yang mendalam
untuk Mu Ya Allah..

Ya Allah Pencipta Alam..

Kau telah memberi secukupnya nikmat
untuk
aku terokai natijahnya,
untuk aku syukuri dengan sepenuhnya,
sungguh peluang ini aku nantikan,
seribu kali lebih baik
dari nikmat harta Mu Allah..


Ya Allah Pemberi Rezeki..
pernahku tolak santapan kecil dari Mu,
ku bentak hati ingin sajian kemewahan,
namun Ya Allah, telah Kau kirim hidayah Mu,
ku pelajari dengan menghiasi hati ini,
sekadar mengingati Mu Allah..
kini hanya santapan rohani yang ku dambakan..

Ya Allah Pengampun Dosa..

sesungguhnya dosa dosa ku menggunung tinggi,
khilaf ku melangit tak bersempadan,
ampunkanlah dosaku Ya Allah..
tidak aku mahu menghuni
neraka Jahanam Mu,
tidak pula aku layak mengisi
ruang syurga Mu Allah,

namun diri ini masih mahu berjuang,

berjuang dengan nyawa ini di dalam jasadku..

semoga masih lagi bermanfaat
untuk
menjadi hamba Mu Ya Allah..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...