1929-2011
Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah S.W.T, atas izin-Nya, hampir 2 minggu laptop di hantar untuk dibaiki, kerosakan yang dah lama disimpan, akhirnya terpaksa di'welding'kan kerana skrin laptop dah macam nak runtuh.. dah biasa sebab laptopnya satu, penggunanya walaupun tak sampai sepuluh orang tapi kerosakan macam 50 orang yang guna. Alhamdulillah, masih lagi mampu digunakan..wink!
Dalam 2 minggu yang singkat juga, abah memutuskan untuk menziarahi Tok Mak di kampung. Telahan kami, mungkin Tok Mak masih lagi bersedih dengan pemergian arwah Tok Bak, namun ternyata meleset kerana Tok Mak seorang isteri yang begitu tabah kerana masih lagi mampu melakukan rutin harian seperti biasa. Wajah tuanya masih lagi boleh mengukir senyuman kepada cucu-cucu tersayang. Namun bagi ana, hatinya masih lagi berbekas dengan kesedihan dan kerinduan yang terpendam di sudut hati kepada suami tercinta.
Ya Allah.. kami redha dengan aturan-Mu, sungguh jodoh pertemuan, ajal dan maut.. ditentukan oleh Mu Ya Allah, oleh itu, jadikanlah kami hamba yang redha, menghadapi ujian-ujian-Mu, jadikanlah kami insan yang tabah, ketika Kau mengambil kembali, anugerah yang kau pinjamkan, sesungguhnya hanya Kau sahaja yang kekal mengetuai kami.. Amin..
Allah sentiasa mengajar kita mengikut kehendak-Nya. Dan atas kasih sayang-Nya, walaupun kita dijadikan untuk mengabdikan diri kepada Allah, sesuai dengan fitrah manusia dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui. Dijadikan setiap manusia itu mempunyai pasangan untuk berkasih sayang, melahirkan zuriat dan sebaik-baik nikmat yang diberi adalah apabila kita sentiasa memandu diri mengikut landasan akidah yang sebenar. Seringkali terjadi, manusia lupa, nikmat itu dikurniakan sebagai bentuk ujian yang halus untuk mengaktifkan iman dan sahsiah. Allah mengurniakan seorag pasangan kepada setiap hambanya agar dapat sama-sama menjadi hamba yang bersyukur dan sentiasa beribadah kepada-Nya. Mata ini sering melihat, telinga pula selalu mendengar, sentiasa sahaja ada di antara kita menjadikan anugerah Allah ini sebagai permainan. Na'uzubillah..
Kadangkala ana cemburu melihat kebahagiaan mereka namun mereka sendiri tidak bersyukur. Allah.. sedang kita berseorangan terkapai mencari redha Allah, setelah diberi pasangan untuk membantu, di injak, di pukul dan tidak dilindungi.. ana kesal sendirian. Namun semua itu tetap ujian kepada hamba-hamba yang bersabar. Subahanallah. jika hidup berteman suami yang soleh dan bertanggungjawab dengan tanggungannya, hidupnya sentiasa mencintai Allah, cukuplah hidup berkeluarga dalam qana'ah. Alangkah bahagia si isteri yang dinikahi pula sentiasa taat dan patuh. Menjadikan suami sebagai raja yang tinggi darjatnya di hati, dan jiwanya sentiasa basah dengan berzikir kepada Allah supaya segala ujian yang menghampiri dapat melatih diri lebih kuat kerana dia tahu janji Allah itu pasti bagi si isteri yang bersyukur.
Walaupun ana sangat jarang menziarahi kampung, satu masa dahulu ketika arwah masih lagi bernafas, ana mengagumi keperibadiannya sebagai seorang suami dan ayah yang bertanggungjawab dan megikut kata-kata abah, arwah adalah seorang ayah yang sangat mementingkan didikan agama kepada anak-anaknya. Suatu ketika, ana masih lagi di alam kanak-kanak yang tidak tahu membezakan yang baik dan buruk, arwah seringkali berpesan dengan caranya yang tersendiri. Walaupun kadangkala zahirnya kasar apabila menegur kami yang sentiasa leka menonton tv yang kebanyakannya menyiarkan rancangan hiburan semata. Namun, kami masih lagi tidak sedar sehinggalah arwah pergi. Kini apabila arwah sudah tiada, ana seringkali teringat saat-saat sebegitu apabila menonton tv di kampung. Walaupun ana tak begitu rapat dengan arwah, tapi kini kasih sayangnya sentiasa ana rasai terutama sekali apabila arwah seringkali mengingatkan kami agar solat di awal waktu di setiap waktu solat bahkan setiap hari tanpa jemu arwah mengingatkan apabila kami berada di kampung.
Kini hanya kenangan yang masih lagi berbaki. Tiada lagi kata-kata nasihat dan senyuman dari seorang lelaki yang sentiasa teguh dengan agama dan pendiriannya. Hanya didikan dan kasih sayangnya sentiasa dihati kami sekeluarga. Semoga roh arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. Al-Fatihah..

Tiada ulasan:
Catat Ulasan